Pernah tak, satu masa dulu
kita suka sangat dengan seseorang.
Tiap-tiap hari nak tengok muka dia saja.
Tiap-tiap masa nak dengar cerita pasal dia saja.
Kalau orang tak nak sembang pasal dia pun,
kita saja suka nak sebut tentang dia.
Ungkitlah macam-macam cerita lama-lama,
asal saja kita sebut nama dia.
Semuanya tentang dia.
Kadang-kadang kalau nak berjumpa ramai-ramai,
kita berharap dia pakai baju sama warna dengan kita.
Biar orang lain cakap
"Wah, macam berjanji jer."
atau
"Wow, korang ni ada apa-apa ke?"
Dan kita pun jadi suka sangat kalau perkara tu terjadi.
Macam dilambung atas awan rasanya.
Senyum sampai tak nak surut.
Sukalah sangat rasanya.
Tapi, bila keadaan berubah...perasaan kita juga turut berubah.
Bila kita rasa perasaan kita dah berubah terhadap dia,
mulalah rasa malas sangat nak dengar pasal dia...
apa lagi nak bercerita pasal dia.
Benci sungguh-sungguh.
Kalau dulu cinta seratus persen, bak kata Mas
Idayu... sekarang sudah tukar pula...
benci seratus persen pula.
Kadang-kadang okey juga kalau mampu jadi begitu.
Kita tak perlu lagi berharap pada si dia itu.
Kalau boleh lupa terus lagi senang.
Kalaulah semudah itu untuk melupakan.
Orang kata, kalau nak jatuh sayang pada seseorang tu,
cukup hanya dalam beberapa saat atau minit atau hari sahaja.
Tapi, untuk melupakan... mungkin ambil masa seumur hidup.
Sakitkan, bila hati dah bertekad kata
tidak... tapi masih juga ada satu lagi jalur cemburu.
Bencinya, bila dah kental berazam untuk tidak lagi
peduli, tiba-tiba pula rasa sedih bila
teringat tentang dia.
Perasaan apa agaknya semua tu?
Sayangkah atau benci?
Atau...sebenarnya kita masih tuli dan tidak
pernah tahu....perasaan itu lilitan di hati.
Kalau tiada sesiapa hendak membukakan simpulannya,
kitalah yang perlu bertekad untuk membukanya.
Sedikit-sedikit, lama-lama pasti berjaya.
Daripada hidup bergenang air mata, lebih baik
belajar melupakan derita.
Lebih baik kan?
love
-cmasyaz-
tapi kalau nak lupakan hati sebenarnya tak mengizinkan. macam mana? HAHA tak salah mengingat kan.
ReplyDeletebiar masa yang menentukan dan doa menjadi iringan...insyallah..kalau jodoh ada, kesudahannya akan bahagia... :D
ReplyDeletebtw, thx!~ for the advices dear! ^^