Friday, May 27, 2011

datang dan pergi...

perasaan itu mudah datang..
perasaan itu mudah hinggap...
tapi kenapa ia tak mudah untuk pergi?
perasaan itu mudah datang...
tapi bila aku inginkan ia pergi,
setahun, dua tahun, tiga tahun mahupun sepuluh tahun belum tentu ia hilang..

perasaan itu mudah datang...
bukan susah,kau kenal, bercakap, berjumpa, kau dah ada perasaan itu...

perasaan itu mudah datang...
kalau lah perasaan itu seperti mata dakwat yg mudah ditanggalkan,
mesti ia tidak sesiksa ini...

perasaan yang mudah datang itu kadang-kala melemahkan diri kita sendiri...
tiap hari terfikirkannya...tiap hari mengharapkan sesuatu yang belum pasti menjadi milik diriku...

kalaulah ia boleh pergi...
betapa gembiranya diri bila suatu hari aku boleh katakan pada diriku dan pada semua orang dengan lantang bahawa hey,kau bukan lagi pujaanku!..kau bukan lagi harapan aku!..dan kau bukan lagi impianku..!

kalaulah ia boleh pergi...
aku panjangkan syukur kepadamu yang MAHA ESA kerana selama bertahun-tahun aku pendamkan rasa ini, aku mampu mengusirnya dari ingatanku...

kadang-kadang aku rasa persahabatan kita umpama lebih dari apa yang kita panggil kawan..
hey!, orang keliling memandang kita dengan penuh curiga....
hey!, orang keliling kerap memperkatakan kita...
kita bercinta?ada apa-apa kah sama mereka?
tidak!!..kita hanya kawan biasa....
tapi kadang-kadang aku tak rasa kita seperti kawan...entahlah...

kau ada dia..aku cuma aku..namum aku bersyukur kau kawan aku...
kau yang terindah tuhan kurniakan untuk aku...
terima kasih tuhan...
terima kasih kawan...

kalaulah perasaan itu mudah pergi, aku harap kita teruskan berkawan...kerna aku sayang kau KAWAN!~

love,
cmasyaz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...